Air Mata

Rabithah

Seperti biasa

Air mataku mengalir semula

Tak tahu mengapa

Luka hatiku tak terubat jua

Mengapa diri tidak mengerti

Mampukah aku mengubah warna ini

Air mataku yang telah mengalir

Dan membasahi luka yang hanya sia-sia

Terperangkap dalam mainan jiwa

Hati merintih

Kerana aku terseksa (aku terseksa)

Ku mula tersedar

Betapa egoku jauhnya tersasar (tersasar)

Ku buta tenggelam (ku buta tenggelam)

Hanyut bermain dek fananya dunia

Hingga cintaMu telah ku ragu

Sedang dikau hakikatnya yang ku perlu

Air mataku yang telah mengalir

Dan membasahi luka yang hanya sia-sia

Terperangkap dalam mainan jiwa

Hati merintih

Kerana aku terseksa (aku terseksa)

Izinkan aku menangis sekali lagi

Hanya buatMu cinta tiada ganti

Kau setia beri walau ku menjauh

Maafkan aku, kasih abadi

Air mataku yang telah mengalir

Dan membasahi luka yang hanya sia-sia

Terperangkap dalam mainan jiwa

Hati merintih

Kerana aku terseksa (aku terseksa)

Air mataku yang telah mengalir

Dan membasahi luka yang hanya sia-sia

Terperangkap dalam mainan jiwa

Hati merintih

Kerana aku terseksa (aku terseksa)

Unduh .lrc WhatsApp